Kunci Hati

10 kunci hati untuk jiwa tenang dan tenteram iaitu:

1. Tidak Membenci

  • Jangan pernah membenci seseorang, walaupun dia pernah membuat kesalahan kepada anda

2. Tidak Mengeluh

  • Jangan mengeluh dan bersedih hati, sebaiknya banyakkan berdoa kepada Tuhan

3. Hidup Sederhana

  • Hiduplah dalam keadaan sederhana dan sewajarnya walaupun anda mempunyai kedudukan tinggi dan harta melimpah

4. Bersangka Baik

  • Sentiasa berfikiran positif meskipun anda menghadapi masalah dan musibah

5. Selalu Senyum

  • Senyumlah walaupun hati sangat terluka

6. Selalu Memberi

  • Membiasakan tangan diatas, meskipun anda dalam keadaan lapang atau dalam kesempitan

7. Berdoa Tanpa Pengetahuan Mereka

  • Sentiasalah mendoakan kebaikan untuk saudara anda tanpa pengetahuan mereka

8. Tidak Dengki

  • Jangan ada perasaan dengki dengan kejayaan teman anda, seharusnya berdoalah semoga anda juga berjaya seperti dia

9. Mudah Memaafkan

  • Jangan merasa lelah dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat keluhuran budi dan ketenangan di dalamnya

10. Hindari Permusuhan

  • Jangan menganggap orang yang berbeza sebagai lawan tetapi anggaplah dia sebagai kawan