Medical Card Great Eastern Takaful

“Satu orang satu polisi takaful, tidak miskin kalau ada akaun takaful, tetapi boleh miskin kalau tiada polisi takaful.”

Memilih yang halal adalah wajib bagi umat Islam. Ramai yang tidak menyedari hakikat kepentingan takaful kepada diri sendiri. Kenapa kereta atau rumah diwajibkan, diinsuranskan dan kenapa insurans untuk kenderaan wajib dibeli. Ini kerana pihak insurans tidak mahu pemilik tersebut rugi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sekarang, kenapa kita masih tidak menginsuranskan diri kita? Kalau apa-apa terjadi siapa yang boleh bantu kita? Anda fikir sendiri, siapa yang boleh beri anda RM50,000 untuk kos rawatan anda? Jika ada Alhamdulilah, tetapi kos selepas pembedahan siapa yang akan tanggung? Jangan bebankan orang lain jika ada alternatif lain yang boleh digunakan.

Medical Card dari Great Eastern Takaful adalah kad yang paling komprehensif kerana perlindungan kos rawatan setahun adalah bermula dari RM100,000 dan sehingga tiada limit.

Saya boleh memberi jaminan bahawa Medical Card dari Great Eastern Takaful adalah yang terbaik dan mampu milik untuk semua orang dengan kos rawatan yang ditanggung amat tinggi.

1. Kos yang rendah tetapi perlindungan yang tinggi.

Dengan caruman berpatutan anda boleh mendapat medical card untuk bilik hospital yang bernilai RM150 dengan perlindungan RM100,000 setahun dan tiada limit untuk seumur hidup. Anda juga mendapat manfaat kematian dan perlindungan untuk 45 jenis penyakit kritikal. Apa yang anda tunggu lagi, sudah sakit baru nak apply. Jika itu yang anda fikir, anda silap kerana syarat memohon adalah “SIHAT”.
“Sediakan payung sebelum hujan” dan jangan “sudah terhantuk baru nak tergadah”.

2. Had tahunan dan seumur hidup yang tinggi.

Setiap 3 tahun, had bilik untuk setahun yang bernilai RM90000 akan mengangkat sebanyak 10%. Ini kerana takaful ingin memberi perlindungan yang setimpal kepada peserta seiring dengan peningkatan kos perubatan. Peningkatan sebanyak 10% untuk setiap 3 tahun jika tiada sebarang tuntutan.

3. Kos Deduktibel yang lebih rendah dan menjimatkan

Great Eastern Takaful mengenakan caj deduktibel yang sangat rendah iaitu RM300 untuk pelan Room & Board RM150/malam atau RM500 untuk Room & Board RM200/malam.